Tambang teksi dan bas ekspres naik

Setelah kali terakhir semakan dibuat pada tahun 2009...tambang teksi naik mulai hari ini manakala bas ekspres pula akan berkuatkusa pada 15 Mei.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang mengumumkan kadar baru itu dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis, berkata ini berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan dan insurans.
"Setakat hari ini kos penyelenggaraan teksi dan bas telah meningkat 33% di mana NGV sahaja naik 11.3%. Kita juga kena mengambilkira susut nilai dan kenaikan gaji," katanya.
"SPAD mahu mengimbangi tambang teksi dengan koa penyelenggaraan serta keseimbangan antara kebajikan penumpang dan kesan ekonomi kepada pengendali teksi.
"Keputusan ini bukan dibuat semalam tetapi setelah melalui proses interaksi bersama kumpulan sasaran selama beberapa tahun iaitu pengendali teksi, pemandu teksi dan pengguna.
Syed Hamid menegaskan perubahan tambang teksi ini hanya menyentuh kadar jarak dan masa perjalanan. Manakala kadar pemula atau kadar kilometer pertama/tiga minit pertama dikekalkan sebanyak RM3.
Sementara itu golongan warga tua, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kanak-kanak akan terus menikmati diskaun 25 peratus untuk tambang bas ekspress.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal berkata suruhanjaya akan berterusan meningkatkan penguatkuasaan dan perkhidmatan demi keselesaan pengguna pengangkutan awam darat.



Berikut adalah perbandingan kadar tambang lama dan baharu untuk gambaran jelas.
1) Kadar Lama Teksi Bajet:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM3
Jarak: RM0.10 untuk setiap 115 meter
Masa: RM0.10 untuk setiap 21 saat
Kadar Baharu Teksi Bajet:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM3
Jarak: untuk setiap
Masa: untuk setiap
2) Kadar Lama Teksi Bajet Pulau Pinang:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.10 untuk setiap 115 meter
Masa: RM0.10 untuk setiap 21 saat
Kadar Lama Teksi Bajet Pulau Pinang:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: untuk setiap
Masa: untuk setiap
3) Kadar Lama Kereta Sewa
Harga per kilometer: RM1
Kadar Baharu Kereta Sewa
Harga per kilometer:
4) Kadar Baharu Teksi 1 Malaysia (TEKS1M)
(i) Lembah Klang & Johor Bahru:
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.30 untuk setiap 200 meter
Masa: RM0.30 untuk setiap 36 saat
(ii) Pulau Pinang
Kilometer pertama/3 minit pertama: RM4
Jarak: RM0.35 untuk setiap 200 meter
Masa: RM0.35 untuk setiap 36 saat
Untuk bas ekspress, tambang hanya naik 2.1 sen per kilometer. - 19/3/15








Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap