Kadar baru tambang teksi jalan terus...hanya bas ekspress dan rel tunda


Para pemandu dan pemilik teksi boleh menarik nafas lega.Setelah pengumuman kadar baru tambang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Khamis lalu ditunda Sabtu...petang Isnin kerajaan putuskan perlaksanaanya diteruskan.

Sebaliknya hanya kadar baru tambang bas ekspress dan rel sahaja akan ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Persatuan-persatuan pemandu teksi sebelum ini telah membuat rayuan agar kerajaan terus kadar baru tambang kerana ia sudah tertangguh sejak enam tahun lampau.

Malah banyak juga pemandu dan pemilik teksi yang sudah tukar meter ikut kadar tambang baru sejurus pengumuman dibuat menerusi sidang akhbar Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar Khamis lalu.

Sebelum ini ekoran bantahan orangramai pada kadar baru pengangkutan awam,kabinet dalam mesyuarat Jumaat lalu putuskan semua kadar baru tambang teksi,bas ekspres dan rel ditangguhkan.

Ia diumum oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar di Muar pagi Sabtu.

Petang Isnin,Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menerusi kenyataan ringkas mengumumkan kadar baru tambang teksi diteruskan dan hanya tambang bas ekspress dan rel saja ditunda.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH MENTERI JPM NANCY SHUKRI

Putrajaya – Merujuk kepada keputusan Jemaah Menteri pada 20 Mac 2015 yang lalu, dimaklumkan bahawa pelaksanaan semakan tambang baru untuk perkhidmatan bas ekspress dan rel telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri juga, semakan tambang baru untuk perkhidmatan teksi sepertimana yang telah diumumkan pada 19 Mac 2015 akan diteruskan pelaksanaannya.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) ditalian 03-2726 7000 atau emel ke communications@spad.gov.my.

YB HAJAH NANCY SHUKRI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

23 Mac 2015




Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap