Hukuman pada teksi sapu lebih dahsyat!

  Awas pemandu teksi sapu! Jika tertangkap dalam operasi yang dijalankan oleh unit penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), anda bukan sahaja dikenakan denda, tetapi kenderaan anda juga mungkin akan dilucut hak!

  Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata, pemandu teksi sapu boleh dicaj di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi  RM10 ribu atau penjara tiak lebih setahun. SPAD juga boleh memohon kepada mahkamah supaya kenderaan itu dilucut hak.

 Che Hasni berkata demikian kepada pemberita selepas tamat Operasi Teksi Tak Guna Meter (Ops TGM) di perkarangan Stadium Merdeka, pada Rabu.

 Dalam operasi itu, unit beliau telah menyita 25 buah teksi.  Daripada jumlah itu, terdapat sebuah teksi sapu yang menukar permit teksinya yang sudah mati tukar menjadi teksi sapu, serta dua teksi lagi disita kerana pemandu-pemandunya  tidak  mempunyai kad pemandu langsung.

Menurut Che Hasni Ops TGM itu dijalankan bersama oleh SPAD dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).  SPAD membawa 90 anggota dan polis, 14. Katanya, berbeza dengan operasi sebelum ini, Modus Operandi dibuat secara “tahan dan tanya”

“Modus Operandi kita kali ini ialah dengan menyamar sebagai penumpang dan juga kita tahan dan periksa teksi. Kita buat secara terang-terang, iaitu tahan dan tanya samada teksi menggunakan meter atau tidak.

“Kita buat operasi ini dari LRT Kelana Jaya, Bukit Bintang, KLCC, Berjaya Times Square, Sungai Wang Plaza, KL Sentral , Brickfields, Batu Caves, Hospital Besar KL, Chowkit, Pavillion, Pasar Seni dan Pekeliling. Semua ini boleh dikatakan tempat-tempat yang selalu bermasalah di mana teksi enggan menggunakan meter,” katanya.

Menurut Che Hasni lagi dalam operasi selama dua jam itu SPAD telah memeriksa  82 buah teksi dan hanya 22 yang didapati tak guna meter.  Pemandu-pemandu yang akur peraturan itu telah diberikan cenderahati oleh Che Hasni.

Che Hasni berkata, SPAD telah melaksanakan operasi TGM sejak 21 Januari tahun ini di mana sebanyak   1,356 buah teksi telah diperiksa.  Daripada jumlah itu 711 didapati tidak menggunakan meter dan  645 menggunakan meter. Sejak tarikh itu juga katanya, SPAD telah menyita 175 teksi.

Pemandu-pemandu teksi yang tidak mengguna meteri itu akan didakwa di bawah seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tak kurang RM1ribu atau tidak melebihi RM500ribu atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. – 18/3/15.








Comments

  1. uber dan grabcar yg tak menggunakan meter mcm mana??boleh terangkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap