TPM yakin transformasi pengangkutan awam akan capai KPI tahun depan.

Muhyiddin berkata pada akhir 2013, sasaran purata bulanan
400,000 penumpang pengangkutan awam pada waktu puncak juga berjaya dilepasi
dengan purata 437,525 penumpang setiap bulan, iaitu peningkatan 21 peratus dari
tahun sebelumnya.
“Saya percaya peningkatan jumlah pengguna pengangkutan
awam ini disebabkan beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan Kerajaan.
Antaranya, penambahan kapasiti set tren perkhidmatan KTM komuter daripada tiga
kepada enam gerabak dan pewujudan hab pengangkutan awam bersepadu yang strategik
seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan,” katanya,
Muhyiddin berkata demikian semasa berucap merasmikan
Kompleks Parkir Bertingkat "Park N Ride" Stesen Transit Aliran Ringan
(LRT) Ampang bernilai RM30 juta di Ampang, pada Sabtu.

Muhyiddin turut membuat kejutan, apabila dia bersama Syed Hamid dan Ismail
Adam menaiki LRT dari stesen LRT Hang Tuah ke stesen Ampang untuk menghadiri
majlis perasmian berkenaan.
Muhyiddin berkata, antara inisiatif lain yang dilakukan
oleh kerajaan termasuk meningkatkan kesalinghubungan perjalanan dan menyediakan
perkhidmatan bas bandar percuma yang berfungsi untuk menarik minat terhadap
penggunaan pengangkutan awam dengan lebih meluas.

Muhyiddin turut menyambut baik langka Prasarana
menyediakan 44 petak untuk golongan wanita dan 20 petak khas untuk Orang
Kelainan Upaya (OKU) di kompleks setinggi lima tingkat itu yang secara
keseluruhan menyediakan 1,140 ruang letak kenderaan.
Kompleks Park N Ride Ampang turut dilengkapi dengan lif,
kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan juga laluan pejalan kaki
berbumbung.
Muhyiddin berkata kerajaan dan beberapa agensi yang
terlibat dengan inisiatif NKRA turut membina 30 kemudahan Park N Ride di
stesen-stesen LRT, KTM Komuter dan ERL. Ianya secara keseluruhan bakal
menyediakan lebih 11,000 petak letak kereta untuk kemudahan pengguna
pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2015.- 28/6/14.
Comments
Post a Comment