SPAD akan bertindak tegas terhadap pemandu teksi yang melanggar undang-undang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan terhadap 33 pemandu teksi yang telah dikenalpasti menyertai demonstrasi pada hari Rabu lepas di Bukit Bintang. 

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, dalam kenyataan kepada media, berkata pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengenalpasti pemandu-pemandu lain yang turut serta dalam demonstrasi tersebut sehingga menghalang lalulintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam hal ini, katanya SPAD memandang serius akan sikap  pemandu pemandu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi tersebut. 

Mohd Nur berkata, SPAD ingin menegaskan kepada semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang undang. -7/6/14.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Ramai graduan sertai penguatkuasaan SPAD