Kerajaan setuju selaras tambang teksi, kini tunggu maklum balas industri.
Kerajaan
pada dasarnya sudah bersetuju dengan cadangan perubahan dan penyelarasan
tambang teksi yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diketahui setelah SPAD mendapatkan
maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri berkenaan.
“Mengenai
perubahan tambang teksi itu kita sudahpun mengemukakan struktur perlaksanaannya
kepada Kerajaan dan kita sudah dapat persetujuan. Sekarang kita mahu tengok
reaksi industri terlebih dahulu.
“Kalau
reaksinya positif, kita akan teruskan. Kita tak mahu berlaku nanti, apabila
rumah siap, pahat berbunyi. Mungkin beberapa pendekatan baharu akan dilakukan,”
katanya pada sidang media di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. Turut
hadir pada sidang media berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur
Ismal Mohamed Kamal.
“Kita
sudah berbincang dan mendapat maklumbalas daripada pihak industri mengenai
struktur perubahan tambang teksi tahun lalu, tetapi kini kita perlu berbincang semula
dengan mereka apabila angka muktamad diputuskan nanti,” kata Syed Hamid lagi.
“Maksud
saya, kita sudah cadangkan perubahan struktur. Sama ada naik atau turun saya
tak boleh cakap. Itu awak kena fikirlah sendiri. Apa yang saya boleh cakap
ialah kita diberi mandat untuk menyelaraskan tambang,” katanya lagi
Tetapi
jika dirujuk rekod lalu, tahun lalu SPAD mengakui adanya keperluan untuk mengkaji semula tambang teksi. Sehubungan
itu, dalam kertas cadangan kepada kerajaan SPAD telah mengambilkira beberapa
kriteria utama penetapan tambang teksi, iaitu mencerminkan kos sebenar
perkhidmatan teksi dan memberikan pulangan yang wajar kepada pemandu dan
pengusaha teksi serta memberi motivasi kepada pemandu untuk mengamalkan prinsip
pengendalian dan tingkah laku yang betul
Enam
kos komponen utama telah dikenalpasti dalam cadangan penstrukturan semula tambang
teksi iaitu kos kenderaan (bayaran sewa harian), peralatan, bahan api,
penyelenggaraan, overhead dan buruh (gaji pemandu)
Dalam
perkembangan lain, Syed Hamid turut menyuarakan rasa kesalnya mengenai tindakan
hampir 200 pemandu teksi ahli Persatuan Pemandu Teksi Bukit Bintang (Bestari) yang
mengadakan mogok minggu lalu.
“Kalau
tak berpuashati dengan SPAD atau mana-mana agensi kerajaan, buatlah perbincangan.
Datang berjumpa dengan kita dan sama-sama cari penyelesaian. Janganlah guna
ancaman yang mengganggu keselesaan dan kemudahan orangramai.
“Tetapi
kumpulan ini mahu diberi kebebasan berhenti di mana sahaja sesuka hati mereka
dan tak ikut petak yang disediakan. Mereka tak mahu penguatkuasa ganggu.
Penguatkuasa perlu ada disitu untuk memantau atas permintaan orang awam. Kalau
kita biarkan pemandu teksi meletak teksi sesuka hati ia akan mengganggu trafik,”
katanya.
Comments
Post a Comment