33 pemandu teksi berdemo dikenakan tindakan

8 JUN: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas terhadap 33 pemandu teksi yang dikenal pasti menyertai demonstrasi di Bukit Bintang, di ibu negara, Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti pemandu teksi lain yang turut menyertai demonstrasi itu sehingga menghalang lalu lintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan serta mengganggu ketenteraman awam.
pemandu teksi demo“SPAD memandang serius sikap pemandu tersebut dan tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi yang terlibat akan diambil,” katanya seperti yang dilaporkan kepada agensi berita Bernama, Sabtu.
Beliau turut megingatkan semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang-undang.
“Demonstrasi yang merupakan kali kedua dilakukan kumpulan teksi Bukit Bintang itu telah menyebabkan trafik di kawasan berkenaan sesak selama tiga jam selepas demonstrasi yang pertama dua tahun lepas,” katanya.
Rabu lepas, pemandu teksi mengadakan demonstrasi itu kerana dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu penguatkuasaan.
Pada 2012, pemandu teksi membuat bantahan terhadap pengenalan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa mengganggu pendapatan mereka terutamanya kekurangan penumpang daripada kalangan pelancong.-bnbbc.my

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap