Skim Pinjaman TEKS1M - BSN hanya luluskan 85 permohonan!
Skim Pinjaman TEKS1M - BSN hanya luluskan 85 permohonan! Daripada 1,000 pemandu teksi yang telah mendapat lesen teksi individu, hanya 85 sahaja yang pinjamannya diluluskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) setakat ini dan hal ini membimbangkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sehubungan itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar memohon agar BSN menyegerakan proses kelulusan pinjaman kepada pemandu teksi yang sudah mendapat lesen individu untuk membeli Proton Exora sebagai TEKS1M. "Kami mensasarkan 200 kenderaan TEKS1M dapat berada di atas jalan sebelum akhir September dan selebihnya menjelang akhir tahun. Tetapi berdasarkan maklumat yang kami dapat, setakat hari ini BSN cuma meluluskan 85 permohonan sahaja. "Saya faham bank amat berhati-hati dalam meluluskan pinjaman. Tetapi saya berharap semua permohonan pinjaman TEKS1M dapat disegerakan prosesnya. Kami akan memantau BSN untuk melihat apakah masalah yang menjadi punca kelewatan kelulusan i...
Comments
Post a Comment