Hanya 5% rakyat Malaysia guna pengangkutan awam?

Dalam
ucapannya ketika merasmikan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 di
Kuala Lumpur, Isnin, Syed Hamid berkata antara faktor utama yang
menyebabkan demikian ialah perancangan pengangkutan awam dibuat hanya
setelah negara pesat membangun.
"Kita
telah membina bandar dan mengecapi pembangunan dalam banyak bidang.
Tetapi perancangan pengangkutan hanya dibuat setelah kerajaan memutuskan
menubuhkan SPAD untuk memastikan semua perancangan pembangunan
disepadukan dengan kesalinghubungan semua jenis pengangkutan awam,"
katanya.
“Saya
tidak terkejut hanya lima peratus dari rakyat di seluruh negara
menggunakan pengangkutan awam. Hanya Kuala Lumpur yang mempunyai sistem
pengangkutan awam yang boleh dianggap bagus dibandingkan bandar lain,"
katanya.

"Apabila
negara membangun, sudah pasti keperluan untuk pengangkutan awam akan
meningkat terutama di kawasan bandar. Tetapi kita juga tidak boleh
mengetepikan luar bandar kerana ia sama pentingnya.
"Perkongsian
mod pengangkutan awam di Kuala Lumpur pada ketika ini ialah 20 peratus
dan sasaran kita menjelang 2030 ialah 40 peratus. Tetapi pada masa yang
sama kita juga sedang meningkatkan sistem pengangkutan bas di kawasan
luar bandar supaya ia ada kesalinghubungan dengan pengangkutan awam
bandar," katanya.
Menurut
Syed Hamid, bandaraya lain juga telah menuntut perhatian SPAD untuk
membantu mereka untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam dara di
tempat mereka, antaranya Ipoh, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan,
Kota Kinabalu dan Kuching.
Katanya
SPAD telahpun mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
masing-masing supaya membentuk jawatankuasa teknikal untuk tujuan
berkenaan dan suruhanjaya itu bersedia menjadi sekretariatnya. - 3/12/13.
Comments
Post a Comment