SPAD jamin tambang tak membebankan
Isu kenaikan kadar caj tambang bas sekolah: Kadar baru akan diumum sebelum sesi persekolahan 2014 bermula
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan, kadar caj tambang bas sekolah yang baru akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya masih mengkaji kadar yang sesuai, walaupun berdepan desakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia yang mahu kenaikan 40 peratus mulai Januari ini.
“Sebarang kadar kenaikan adalah dalam bidang kuasa SPAD dan
pengusaha bas sekolah seharusnya tidak membuat keputusan sendiri tanpa
berbincang bersama terlebih dulu.
“Malah ketika ini, banyak syarikat bas tidak mengikut kadar caj sebenar ditetapkan SPAD, sebaliknya menaikkan kadar hingga menyusahkan ibu bapa pula,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.
Terima pelbagai insentif
Syed Hamid berkata, pelbagai insentif dan bantuan diberikan kerajaan kepada pengusaha bas sekolah, termasuk peruntukkan subsidi diesel 570 liter sebulan, rebat RM10,000 bagi skim penukaran bas sekolah baru serta pinjaman dengan kadar faedah dua peratus.
Semalam di Muar, Johor, mesyuarat Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia sebulat suara meluluskan kenaikan tambang sebanyak 40 peratus mulai Januari ini, dengan mendakwa mereka berdepan kos operasi yang tinggi.
Presidennya, Amali Munif Rahmat, berkata kadar baru itu diambil kira dengan pelbagai kos termasuk tayar, baik pulih bas, bahan api, pekerja dan servis yang dikenakan terhadap pengusaha bas.
Katanya, usul yang dipersetujui dalam mesyuarat persatuan itu, akan diteruskan jika SPAD tidak mengambil keputusan muktamad mengumumkan sebarang kenaikan tambang yang sepatutnya dilakukan.
Bebankan ibu bapa
pengusaha bas," Sementara itu, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kenaikan tambang yang dituntut pengusaha bas terbabit tidak wajar, malah membebankan lagi ibu bapa, terutama yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.
“Kami selaku ibu bapa membantah keras dengan kenaikan tambang 40 peratus kerana jumlah itu terlalu tinggi dan tidak wajar berbanding beban yang akan dialami pihak ibu bapa yang menanggung anak bersekolah menaiki pengangkutan terbabit.
“Saya mohon SPAD mengambil tindakan tegas dan sewajarnya jika mereka masih berdegil untuk menaikkan tambang tanpa kelulusan badan itu,” katanya.
Katanya, ibu bapa juga perlu berusaha mencari pilihan lain bagi mengelak beban kenaikan tambang itu dengan mengadakan boikot kepada pengusaha bas sekolah atau bekerjasama dengan pihak sekolah, koperasi setempat, dan komuniti untuk mewujudkan pengangkutan bas sekolah persendirian.
INFO: Tambang bas sekolah

Comments
Post a Comment