Malam Anugerah SPAD 2013

 

Kuala Lumpur, 2 Disember –  Sani Express Sdn Bhd dan Konsortium Transnasional Berhad  masing-masing diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengendali Terbaik bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat di sini malam tadi.

Anugerah berkenaan diberikan berdasarkan kecemerlangan kedua-dua syarikat itu dalam pengurusan pemandu, skim gaji dan pengurusan rekod. Manakala anugerah bagi Pengurusan Sumber Manusia dimenangi oleh Express Rail Link Sdn Bhd sementara Inovasi Terbaik dimenangi oleh Century Total Logistics Sdn Bhd.

Pemenang menerima trofi dan sijil daripada pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Syed Hamid dalam ucapannya terdahulu, berkata anugerah berkenaan yang diperkenalkan buat julong kalinya adalah sebagai pengiktirafan SPAD kepada sumbangan pengendali pengangkutan awam darat yang bertanggungjawab dalam industri.

Turut menerima anugerah ialah pemenang Pertandingan Aplikasi Perjalanan yang dipertandingkan menerusi laman web SPAD. Tiga pasukan diumumkan sebagai pemenang kategori Aplikasi Terbaik iaitu pasukan Apptivity Lab, Bizdotasia dan Primus.

Manakala kategori rekacipta terbaik pula dimenangi oleh pasukan Primus, sementara Inovasi Terbaik milik Bizdotasia. – 2/12/13.
















Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap