SPAD gantung lesen pengendali Genting Highlands Transport

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd berkuatkuasa 25 November 2013.

Dalam kenyataan yang diedar kepa media pada Selasa, SPAD memaklumkan notis mengenai keputusan berkenaan ttelah dihantar pada 18 November 2013.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menggantung lesen pengendali berkenaan diambil setelah meneliti laporan audit ICOP keselamatan yang dilakukan oleh pasukan SPAD, berikutan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut yang meragut 37 nyawa di Jalan Genting Highland pada 21 Ogos 2013. 

Syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut.


Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands. - 19/11/13.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap