Projek perintis perkhidmatan bas kontrak

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan projek perintis perkhidmatan bas kontrak pertama di negara ini bagi 19 kawasan dan laluan terpilih di semua negeri Semenanjung Malaysia.

Menerusi projek perintis ini, pengendali perkhidmatan bas swasta perlu membida tender bagi kontrak laluan yang ditawarkan dan jika berjaya, pengendali akan menerima bayaran secara tetap bagi setiap kilometer perkhidmatannya mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui bersama.

Ketua Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata sistem perintis itu adalah penyelesaian kekal kepada masalah kerugian dalam kalangan operator bas swasta kerana kurang penumpang, tidak berkualiti dan laluan tidak menyeluruh.

Katanya, SPAD akan membentangkan model itu kepada kerajaan tidak lama lagi dan jika diluluskan, pihaknya bersedia melaksanakan projek perintis itu bermula bulan depan.

“Kami sudah mengenal pasti 19 kawasan perintis di Semenanjung Malaysia. Semua negeri memiliki sekurang-kurangnya satu kawasan perintis, kerana itu ia memerlukan pembabitan kerajaan negeri di kawasan setempat.

“Secara kasar memang sistem ini dilihat membebankan kerajaan dengan kerugian yang ditanggung operator bas, tapi kami melihat manfaatnya yang lebih besar mengatasi bebanan itu.

Kuasai 40 peratus

“Ia mampu membantu kerajaan meraih penguasaan 40 peratus perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, mengurangkan kenderaan, pencemaran, menggalakkan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan baru dan membantu pengguna daripada keperluan memiliki kereta.
“Ini akan menjana potensi ekonomi yang lebih baik,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

- BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Ramai graduan sertai penguatkuasaan SPAD