SPAD serah kepada sekolah dan ibubapa tetapkan tambang bas sekolah.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kuasa kepada sekolah dan ibubapa untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah mulai tahun depan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar pada sidang media di Kuala Lumpur, Jumaat, berkata keputusan itu dibuat setelah suruhanjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan.

"Dengan keputusan deregulasi tambang bas sekolah ini,  bermakna SPAD menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja.

"Ini bermakna pihak sekolah dan ibubapa menerusi Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) boleh berunding dengan pengendali bas bagi menentukan kadar tambang mengikut jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

"Mereka juga boleh memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan pengendali bas sekolah," katanya.
Menurut Syed Hamid, sebagai salah satu langkah mengatasi masalah bas sekolah "sapu" SPAD akan memudahkan permohonan lesen pengendali bas sekolah.

Katanya sesiapa sahaja boleh memohon lesen itu asalkan mereka memenuhi syarat dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Malah, katanya, pengendali yang mempunyai lesen yang sah daripada SPAD dibenarkan menggunakan bas sekolah mereka untuk aktiviti hujung minggu atau membawa pelajar bersiaran ketika cuti sekolah.

Katanya bas sekolah yang mempunyai lesen yang sah daripada SPAD secara automatik dilindungi skim insurans sehingga RM100 ribu.

Malah SPAD juga akan membenarkan pengendali bas berkenaan memasang iklan di badan bas sebagai pendapatan tambahan.

Syed Hamid berkata walaupun kuasa menentukan tambang telah diberikan kepada pihak sekolah, SPAD akan mengenakan tindakan jika menerima laporan pengendali meletakkan harga yang tidak munasabah.

Sehubungan itu Syed Hamid menggalakkan sekolah dan ibubapa menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi memastikan tidak ada pengendali yang cuba mengambil kesempatan. - 3/10/14.




Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap