SPAD akan terus sita teksi tak guna meter.

Berpuluh-puluh operasi telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepanjang tahun ini bagi membanteras kegiatan pemandu teksi tak guna meter.

Amaran demi amaran dan pelbagai tindakan telah dibuat, tetapi masih ramai yang degil. Sehubungan itu SPAD tak akan beri muka lagi selepas ini dan akan terus menyita serta merta teksi pemandu yang degil tak mahu guna meter.

"Selepas ini, bila operasi kami akan terus sahaja sita teksi pemandu yang degil. Pengusaha atau pengendali kena datang ke tempat sita jumpa saya," kata Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad.

Che Hasni berkata amalan sebelum ini ialah SPAD akan memberikan amaran dan memanggil pemandu dan pengusaha untuk memberi keterangan terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan menyaman atau menyita.
"Kali ini kami akan terus sita saja. Saya tak mahu lagi biarkan pemandu teksi bermaharajalela tidak menggunakan meter. Saya juga nak bagi amaran dan ingatan kepada pemandu teksi yang enggan ambil penumpang. Mereka pun akan dikenakan tindakan yang sama.

"Kita bagi permit untuk menjalankan perkhidmatan dan pemandu teksi tidak boleh pilih lokasi yang mereka mahu," katanya.

Che Hasni berkata demikian kepada wartawan selepas Ops Tegas di sekitar ibukota pada Rabu.
Che Hasni dan pasukan penguatkuasaannya dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melakukan Ops berkenaan di sekitar Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Brickfields dan Pudu.

Menurut Che Hasni, operasi itu yang disertai 45 anggota SPAD dan 10 PDRM telah berjaya merekod 51 kes yang membabitkan 15 kesalahan tak guna meter, 25 kesalahan berkaitan dokumen 11 kesalahan enggan mengambil penumpang.

Katanya mereka yang ditahan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM1ribu dan tidak lebih daripada RM500 ribu atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. 14/10/14.

















Comments

  1. Spad hanya tahu saman sahaja Dan sita........sekarang dah 2015 sepatutnya meter dah naik mengikut perkembangan arus......Encik spad driver Teksi pun ada keluarga,Nak bayar puspakom,Nak bayar hal peribadi,kad pemandu, rotex ,sewa permit,kerosakan lagi......Encik spad takde otak Ke.........driver teksi bukan kaya pun......kalau kami kaya xpayah pandu teksilah...........fikir2kanlah.....xpuashati dengan spad

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ramai graduan sertai penguatkuasaan SPAD

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020