Malaysia bakal memuktamadkan projek 'bullet train' ke Singapura tahun depan

Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek Keretapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura suku pertama tahun depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di Tokyo pada Rabu.
Persidangan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50 Tokaido Shinkansen atau 'bullet train'.
"Berhubung dengan kajian kemungkinan, kami telah mengemukakannya kepada kerajaan dan mereka telah menerimanya. Ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura).
"Dua jawatankuasa telahpun ditubuhkan - jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri," kata beliau.
Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan.
Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang terbaik bagi Malaysia berdasarkan sistem daripada Eropah, China dan Jepun.
Ia bukan semata-mata mengkaji tentang teknologi tetapi juga modal insan dan budaya cara berfikir, katanya.
Mengenai kekurangan pakar kereta api di Malaysia, beliau berkata lebih banyak universiti menawarkan kursus kejuruteraan kereta api sebagai persediaan untuk landskap pengangkutan awam negara yang akan mengalami perubahan.
Beliau mengaku bahawa HSR merupakan "perkara baharu" dalam teknologi kereta api tetapi memberi jaminan bahawa jurutera kereta api tempatan akan dihantar untuk latihan di luar negara apabila kerajaan memutuskan teknologi dari negara mana akan diguna pakai.
Syed Hamid berkata tujuh stesen HSR telah dikenal pasti di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya.-23/10/2014 - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap