Respon S.P.A.D. terhadap Bajet 2015

Gambar arkib
KENYATAAN AKHBAR

TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

KUALA LUMPUR: 11 Oktober 2014 - Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menerima baik pengumuman belanjawan 2015 oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, ini merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat. 

Dari perspektif pengangkutan awam,  perancangan dan langkah-langkah yang diumumkan oleh YAB PM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat.

Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam seperti peruntukan sebanyak RM70 juta bagi projek bas elektrik , projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama- Shah Alam- Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang- Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion dan insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang,  ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat. 

SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap