Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei



Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei

Semua 2,604 teksi bajet dan eksekutif di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang mencapai had usia 10 tahun pada tahun ini, diwajibkan menukar kenderaan mereka kepada Teksi
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang akbar, Khamis, berkata, pada ketika ini terdapat 39,531 teksi bajet dan 3,111 teksi eksekutif yang beroperasi di ketiga-tiga ibu negeri itu.

Katanya dalam masa lima tahun akan datang, hampir 50 peratus daripada keseluruhan teksi bajet dan eksekutif itu akan mencapai had umur 10 tahun dan perlu ditukar.

"Peralihan teksi bandar sedia ada kepada TEKS1M mulai 1 Mei bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, serta setaraf dengan teksi yang terdapat di London, New York, Tokyo dan Dubai.

“Melalui TEKS1M  yang menggunakan Proton Exora, kita dapat melaksanakan operasi teksi bandar dengan lebih seragam dan efisien,” katanya.

Syed Hamid berkata, pemilik teksi yang permitnya tamat antara 1 Mei hingga 31 Oktober tahun ini boleh memohon untuk mendapatkan TEKS1M dan mereka akan diberikan tempoh sehingga 1 November untuk mendapatkan Proton Exora. Sementara menunggu kelulusan, pemandu teksi berkenaan boleh menggunakan kenderaan sedia ada masing-masing. – 30/4/14.







Comments

  1. masalahnya...cab fare akan jd mahal sbb cab ni gerak lembap...so caj nya lebih drp teksi biasa!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap