Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei
Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan
Sri Syed Hamid Albar pada sidang akbar, Khamis, berkata, pada ketika ini
terdapat 39,531 teksi bajet dan 3,111 teksi eksekutif yang beroperasi di
ketiga-tiga ibu negeri itu.
Katanya dalam masa lima tahun akan datang, hampir 50 peratus
daripada keseluruhan teksi bajet dan eksekutif itu akan mencapai had umur 10
tahun dan perlu ditukar.
"Peralihan teksi bandar sedia ada kepada TEKS1M mulai 1
Mei bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, serta setaraf
dengan teksi yang terdapat di London, New York, Tokyo dan Dubai.
“Melalui TEKS1M yang
menggunakan Proton Exora, kita dapat melaksanakan operasi teksi bandar dengan
lebih seragam dan efisien,” katanya.
Syed Hamid berkata, pemilik teksi yang permitnya tamat
antara 1 Mei hingga 31 Oktober tahun ini boleh memohon untuk mendapatkan TEKS1M
dan mereka akan diberikan tempoh sehingga 1 November untuk mendapatkan Proton
Exora. Sementara menunggu kelulusan, pemandu teksi berkenaan boleh menggunakan
kenderaan sedia ada masing-masing. – 30/4/14.
masalahnya...cab fare akan jd mahal sbb cab ni gerak lembap...so caj nya lebih drp teksi biasa!!
ReplyDelete