Permit Syarikat Bas Merry Holidays Digantung

SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN SYARIKAT MERRY HOLIDAYS SDN. BHD. BAGI LALUAN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA

Kuala Lumpur, 25 April 2014 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menggantung permit kenderaan pengendali syarikat bas persiaran, Syarikat Merry Holidays Sdn. Bhd yang terlibat dalam kemalangan pada 20 April 2014 sehingga mengakibatkan seorang penumpang terkorban. Penggantungan ini berkuatkuasa pada 27 April 2014 dan melibatkan sebanyak tujuh (7) permit bas persiaran yang beroperasi di laluan seluruh Semenanjung Malaysia. Keputusan penggantungan ini di ambil kerana pengendali gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dibawah SPAD-ICOP Keselamatan, antaranya; tidak memasang GPS pada kenderaan, tidak melantik pegawai keselamatan, gagal memantau kelajuan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan gagal melakukan pemeriksaan keatas pemandu sebelum memulakan perjalanan.

Sejak Ogos 2013, S.P.A.D. telah menggantung sebanyak 542 permit kenderaan syarikat bas henti-henti, bas ekspres, bas pesiaran, bas sekolah dan kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan dan telah melanggar syarat-syarat pelesenan serta S.P.A.D – ICOP Keselamatan.

Sehubungan ini, S.P.A.D. ingin memohon kepada semua pengendali agar sentiasa memberi perhatian yang serius kepada aspek keselamatan penumpang dan pengurusan pemandu serta penyelengaraan kenderaan.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap