MAJLIS PENYERAHAN CEK- SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SPAD
SPAD: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENYERAHAN CEK SKIM INSURANS
MURID SEKOLAH SPAD KEPADA KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DI SANDAKAN
SANDAKAN, 4 Sep 2013 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) telah menyerahkan pampasan insurans yang ke-4 tahun ini yang bernilai
RM102,500 kepada keluarga mendiang Eddy Wallfired Eleazer Benjasor. Mendiang
telah meninggal dunia dalam kemalangan bas sekolah yang bertembung dengan lori
tangki simen pada 23 Ogos 2013 di KM49 Jalan Sandakan-Lahad Datu. Penyerahan
cek kepada keluarga mendiang telah disempurnakan oleh SPAD di Sekolah Menengah
Kebangsaan Segaliud.
Melalui Skim Insurans Murid Sekolah SPAD, cek kepada
keluaraga mendiang ini meliputi RM100,000 bagi pampasan kematian dan RM2,500
bagi pampasan pengebumian. Cek tersebut diserahkan kepada bapa mendiang iaitu
Hendry Sutara bersama isterinya Lamanah Kandisu.
Skim Insurans Murid Sekolah SPAD ini melindungi murid-murid
sekolah yang menaiki bas sekolah yang berlesen dengan SPAD dan Lembaga
Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
yang telah diperkenalkan sejak awal tahun ini.
SPAD menyarankan bas-bas sekolah yang tidak berlesen untuk
melesenkan kenderaan mereka agar murid-murid yang menaiki bas sekolah
dilindungi oleh Skim Insurans Murid Sekolah SPAD. Bas sekolah yang berlesen ini
dikawal selia oleh SPAD di Semenanjung dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak. Kesemua
bas sekolah ini dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM setiap 6 bulan.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Hal Ehwal Murid JPN
Sabah, En Rahim Awang, Ketua Cawangan LPKP Sandakan, En Ismail Awang
Damit, Pengetua SMK Segaliud, En Noor
Hamizan Shah Md Nordin dan Penolong Pengurus Besar STMB, Pn Noraini
Yusof.bangsaan Segaliud.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh
menghubungi En. R. Suresh Kumar, Ketua Komunikasi (019-3295214) atau Puan Nurul
Asyikin, Pengurus, Bahagian Komunikasi (012-6227832).
Comments
Post a Comment