Kerajaan tambah RM160billion untuk projek berkaitan rel menjelang 2020.

"Aspek paling
kritikal ialah melatih tenaga mahir dalam industri rel untuk memastikan
pembinaan dan operasi berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
"Industri rel
memerlukan pekerja terlatih untuk pembinaan trek, kemudahan dan lain-lain
infrastruktur penyelidikan dan pembangunan, serta pengeluaran peralatan
komunikasi dan isyarat.
Di samping itu banyak
kekosongan perlu diisi di mana projek MRT sahaja dijangka mewujudkan lebih
130,000 peluang pekerjaan," katanya.
Najib berkata demikian
ketika berucap merasmikan Persidangan Industri Keretapi Asia 2013 di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur, pada Selasa.Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri
Kerja Raya, Datuk Fadhilah Yusof dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Najib, yang juga Menteri
Kewangan, turut mengalu-alukan penubuhan Akademi SPAD yang bakal menjadi pusat
kecemerlangan bagi industri rel dan pengangkutan awam darat.
"Saya alu-alukan
inisiatif SPAD kerana kita semua tahu, tanpa tenaga mahir dan berpengalaman
serta profesional, tidak ada industri yang dapat berdaya tahan atau
berkembang," katanya.

"Saya yakin
Malaysia boleh berjaya dan cemerlang dalam perniagaan rel dan pada masa yang
sama meningkatkan mobiliti rakyatnya secara mampan. Dalam konteks ini,
persidangan ini adalah satu forum yang tepat untuk belajar dan berkongsi.
"Saya harap seminar
ini dapat dijadikan sebagai tempat pertemuan pakar-pakar rel dan perunding
untuk bertukar fikiran, berkongsi maklumat dan mencari peluang untuk mengadakan
kerjasama," katanya.
THE OPENING CEREMONY OF
RAIL BUSINESS ASIA 2013
DATE : 10th SEPTEMBER 2013
TIME : 2PM - 5PM
VENUE : KUALA LUMPUR
CONVENTION CENTRE (LEVEL 3)
Comments
Post a Comment