Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar


SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA
YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR
ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT






Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017.

Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional.

Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berjaya membangunkan dan melancarkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) dan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang pada tahun 2013. Kedua-dua rancangan induk ini menjadi garis panduan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti dasar-dasar peringkat makro, strategi dan perancangan, termasuk pelaburan infrastruktur utama serta perubahan-perubahan pengawal seliaan dan dasar bagi 20 tahun yang akan datang.

Di bawah kempimpinan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid, pelbagai langkah transformasi bagi industri telah dilancarkan seperti Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti, Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti, penyiapan Projek Penyambungan Landasan LRT (LEP), pengoperasian Fasa 1 bagi MRT 1 dan Program Transformasi Industri Teksi.

"Sejak dari awal lagi, Tan Sri Syed Hamid telah memainkan peranan yang penting di dalam transformasi industri pengangkutan awam darat. Pengalaman dan kepimpinan beliau telah meletakkan Suruhanjaya di kedudukan yang kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran baru yang akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap