Lapan maut - SPAD gantung permit pengendali




SPAD MENGGANTUNG PERMIT
GOLDEN HORSE PLANTATIONS SDN. BHD. BERIKUTAN TRAGEDI KEMALANGAN DI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2017 – Berkuat kuasa 12 Jun 2017, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. bersama kesemua kenderaan di bawah pengendali tersebut berikutan kemalangan yang mengakibatkan lapan orang maut di kilometer 25 Jalan Bahau, Negeri Sembilan ke Keratong, Pahang pada 11 Jun 2017.

Kesemua permit kenderaan di bawah pengendali tersebut telah digantung bagi membolehkan siasatan audit pematuhan dijalankan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP). Suruhanjaya akan turut membantu siasatan PDRM berhubung dengan kes berkenaan apabila diperlukan.

Keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan barangan awam darat di jalan raya menjadi keutamaan bagi SPAD. Di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, kesemua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.

SPAD tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan ingin memberikan peringatan keras kepada pengendali supaya mematuhi keperluan keselamatan. Pengendali yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan.

Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Lesen Pengendali dan permit pengendali serta mengambil tindakan pentadbiran dan mahkamah sekiranya didapati pengendali telah melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali.

Suruhanjaya menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam nahas tersebut.

-Tamat-

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap