Lesen individu... hadiah raya 300 pemandu teksi daripada SPAD



Seramai 300 pemandu teksi dan kereta sewa akan memyambut kedatangan Hari Raya dengan berlapang dada apabila mereka menerima lesen individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada satu majlis ringkas di ibupejabat suruhanya itu, Rabu.

Pemandu-pemandu berkenaan adalah kumpulan kedua yang menerima lesen individu di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) setelah masing-masing telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang menyempurnakan majlis itu, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka.

Katanya pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini.

Menurutnya lagi, kumpulan kedua penerima lesen individu itu telah melalui proses saringan yang ketat oleh Suruhanjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD.

Penerima lesen individu kumpulan kedua ini terdiri daripada 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa. Daripada jumlah itu 17 adalah pemandu wanita.

Daripada 300 penerima itu, 59 peratus adalah dari Lembah Klang dan Negeri Sembilan, 24 dari Pulau Pinang dan Pulau Langkawi serta 17 dari Melaka danJohor Bahru.

Seramai 43 daripada penerima lesen individu itu turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu.

Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.

Nancy yang ditemui wartawan selepas majlis berkenaan, berkata, pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen pada bulan hadapan akan membolehkan penyeragaman peraturan syarat-syarat sewa pajak yang akan dikawal selia oleh SPAD.

Ini termasuk peruntukan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.

Katanya turut akan dibentangkan ialah rang undang-undang berkaitan e-hailing untuk menyelaraskan perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi ini seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.





Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap