Keselamatan pengguna e-hailing jadi keutamaan - SPAD




SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING
DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S.

Jun 13, 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah permasalahan keselamatan yang serius, berikutan penahanan seorang pemandu yang didakwa telah merogol seorang penumpang wanita.

Demi keselamatan penumpang, beberapa langkah akan diwajibkan ke atas pengendali e-hailing sebelum berlangsungnya pembacaan kedua bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) di Parliamen pada bulan Julai nanti. Langkah-langkah tersebut adalah:

  1. Bermula pada 16 Jun, pengendali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod-rekod pemandu kepada SPAD. Ini adalah untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan saringan latar belakang yang lebih ketat dengan usaha sama agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ.

  1. Bagi meningkatkan keselamatan penumpang, Suruhanjaya juga telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S. pada aplikasi mereka di dalam jangka masa terdekat. ‘Butang panik’ ini akan menyediakan satu ciri keselamatan kepada penumpang yang akan memberikan makluman kepada polis apabila terdapat kecemasan.

  1. Sebagai satu polisi mitigasi risiko yang proaktif, SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk menggunakan proses yang lebih menyeluruh bagi mengenal pasti profil pemandu.  Ini akan membolehkan mereka mengenal pasti dan menghalang pemandu yang berisiko tinggi.

  1. Pengendali e-hailing juga diwajibkan untuk menyerahkan data bulanan mengenai pemandu-pemandu yang telah dikenal pasti atas kesalahan trafik, tingkah laku dan perkhidmatan. Ini membolehkan Suruhanjaya menyenarai hitam pemandu tersebut dan menghalang mereka daripada bermigrasi kepada perkhidmatan e-hailing yang lain.

  1. Pengendali, e-hailing juga dikehendaki menyerahkan data bulanan ‘rating’ pemandu kepada Suruhanjaya untuk menangani secara proaktif isu-isu pengurusan pemandu.

Setelah peraturan kawal seliaan e-hailing diluluskan oleh Parlimen, pengendali e-hailing diwajibkan untuk mengamalkan tahap keselematan dan perkhidmatan yang tertinggi. Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap pengendali dan pemandu e-hailing yang didapati melanggar undang-undang, serta menyita kenderaan pemandu e-hailing yang terlibat.


  • Tamat -

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap