Teksi motorsikal: Syed Hamid suka idea orang muda tapi...

Teksi motosikal mungkin baru di Kuala Lumpur... tapi di Jakarta ia perkhidmatan yang sudah lama diperkenalkan, dikenali sebagai 'ojek' dan menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah untuk ke sana sini.
Dalam kes di Malaysia, di mana perkhidmatan ini dipertikaikan samada ikut undang-undang atau tidak.
Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengekang kegiatan teksi motosikal Dego Ride yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana masih tiada peruntukan undang-undang mengenainya.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, penguasa perkhidmatan tersebut perlu lebih peka dan bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang lain kerana khidmat yang diberikan itu beroperasi tanpa lesen.
"Dalam kes teksi motosikal ini, saya suka dengan kreativiti yang ditunjukkan dan mereka menyatakan bahawa ini (teksi motosikal) adalah untuk golongan pendapatan rendah dan idea itu datang dari golongan muda juga.
"Apa pun keutamaan utama dalam hal itu adalah kerana motosikal tidak termasuk dalam senarai kenderaan yang dibenarkan untuk membawa penumpang dengan dikenakan bayaran, ia tidak dalam senarai pengangkutan awam.
"Yang keduanya adalah isu keselamatan selain isu perlindungan insurans kepada penumpang.
"Pada SPAD, untuk menguatkuasakan peraturan juga sukar kerana sebagai contoh ada 13 juta motosikal di seluruh negara dan kita tidak boleh memberhentikan setiap motosikal dan bertanya sama ada pembonceng membayar tambang atau tidak, " katanya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada pengusaha Dego Ride agar tidak mencabar mencabar kerajaan dengan mendakwa tiada peruntukan undang-undang yang menghalang untuk menawarkan khidmat tersebut.
"Di bawah Akta Pengangkutan Seksyen 23 memperuntukkan lesen motorsikal tidak boleh membawa penumpang bagi tujuan komersial.
"Selain itu, di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Seksyen 16 dan 47 turut memperuntukkan perkara yang sama dan kenderaan yang ingin dikomersialkan perlu mendapatkan lesen dari pihak SPAD," katanya.-15/2/2017

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap