Kerajaan susun semula sistem lesen PSV

Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu.
“Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka.
“Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres pada Isnin.
Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar.
Nancy berkata kerajaan akan menumpukan usaha merekrut pemandu bas dalam kalangan belia kerana kerjaya itu ketika ini dipelopori golongan berusia antara 40 hingga 50 tahun.
Selain itu, katanya, pelbagai usaha akan dirangka dalam menggalakkan golongan wanita untuk menceburi kerjaya pemandu bas ekspres bagi menampung keperluan industri pengangkutan awam berkenaan.
"Mungkin wanita boleh menjadi pemandu bas ekspres untuk jarak yang dekat bagi fasa permulaan, sebelum memperluaskan pelaksanaannya mencakupi pemanduan jarak jauh.
"Kerajaan juga bersedia menstruktur semula sistem gaji pemandu bas di negara ini supaya ia tidak berpandukan trip atau jumlah perjalanan kerana ia sebelum ini dikatakan menjadi faktor kemalangan," katanya.-20/2/2017

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap