Projek Laluan (LEP) Kelana Jaya dan Ampang Lulus - SPAD

KENYATAAN MEDIA

SPAD MENGESAHKAN KELULUSAN BAGI PEMBUKAAN PROJEK SAMBUNGAN LALUAN (LEP) KELANA JAYA AND AMPANG



Selasa, 28 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan bahawa syarikat Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd telah menerima kesemua kelulusan yang diperlukan bagi memulakan operasi sepanjang laluan Kelana Jaya dan Ampang yang telah siap di bawah Projek Sambungan Laluan (LEP). LEP bakal dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 30 Jun 2016.

“Bagi mematuhi keperluan permohonan ini, kesemua dokumen yang perlu diserahkan oleh Prasarana, telah pun diterima oleh SPAD pada 16 Jun 2016. Ini termasuk Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), iaitu satu dokumen yang dikeluarkan oleh arkitek yang menyelia projek itu. Ini adalah sebahagian daripada syarat-syarat yang dikenakan ketika mengemukakan permohonan untuk membuka laluan baru,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD En. Mohd Azharuddin Mat Sah.

"SPAD telah menyemak dan meluluskan permohonan tersebut setelah berpuas hati bahawa Prasarana telah mematuhi kesemua keperluan sepertimana yang terkandung di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya lagi.

"Kami juga ingin menjelaskan bahawa penyerahan CCC oleh Prasarana kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah untuk mendapatkan sokongan dan ini telah disempurnakan dengan sewajarnya. SPAD adalah pihak yang diberikan kuasa muktamad bagi meluluskan pembukaan mana-mana laluan rel baru," tambah En. Mohd Azharuddin.

"Di dalam usaha mempermudahkan kesaling hubungan penumpang, Prasarana juga telah memberikan jaminan kepada SPAD bahawa langkah-langkah akan diambil untuk menangani permasalahan berkaitan tempat parkir kereta di Stesen 4 (Subang Jaya) dan Stesen 7 (USJ 7) bagi laluan LEP Kelana Jaya pada kadar yang segera dengan kerjasama pemaju dan pemilik tanah di kawasan berkenaan," tambah En. Mohd Azharuddin lagi.

-Tamat-

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap