SPAD akan ambil tindakan terhadap pemandu bas kasari penumpang



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen seorang pemandu bas yang didakwa mengasari seorang penumpang dalam kejadian pada 25 Jan lepas. 
 Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bagaimanapun tindakan itu akan diambil setelah siasatan terperinci mengenai kejadian itu selesai dijalankan oleh polis.
 "Biarlah (polis) selesaikan siasatan terlebih dahulu dan selepas itu baru kita ambil tindakan termasuk membatalkan lesen pengusaha bas berkenaan.
 "Polis akan mengambil tindakan terhadap pemandu bas tersebut. Pihak SPAD akan mengambil tindakan terhadap pengusaha bas serta pemandu bas berdasarkan siasatan yang dilakukan polis," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di Ipoh,Selasa 2 Februari 
 Katanya perbuatan pemandu bas itu adalah tidak beretika kerana ia tidak menggambarkan budaya rakyat di negara ini.
 Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata pihaknya juga memanggil pemandu dan penumpang bas berkenaan untuk membantu siasatan membabitkan penguatkuasaan pengangkutan.
 Kejadian seorang pemandu bas ekspres mengasari seorang penumpang lelaki semasa dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang itu tersebar di media sosial. 
 Pemandu dikatakan naik angin apabila penumpang berkenaan didapati tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu.

 Susulan kejadian itu, penumpang berkenaan membuat laporan polis pada 28 Jan di Balai Polis Melaka Tengah.- 2/2/2016

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap