Sejuta orang guna LRT, monorel, bas Rapid dalam sehari

Prasarana Malaysia Berhad pada Khamis mencipta sejarah apabila berjaya mencapai sasaran sejuta pengguna sehari bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

Jumlah itu dicapai melalui 265 ribu pengguna LRT Kelana Jaya, 195 ribu di Jajaran Ampang dan 72 ribu menggunakan monorel setiap hari.

Selain itu perkhidmatan bas Rapid yang diuruskan Prasarana di Kuala Lumpur, Sunway, Perak dan Pulau Pinang digunakan oleh 365 ribu penumpang.

Kejayaan itu diumumkan bersama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz di stesen Kuala Lumpur Sentral, Khamis.

Kedua-duanya telah melakukan walk-about di sekitar KL Sentral sebelum menaiki tren ke Pasar Seni dan meninjau perkhidmatan bas di situ, dan kemudiannya ke Stesen LRT Masjid Jamek LRT sebelum menaiki monorel ke KL Sentral.

Syed Hamid Albar berkata, pencapaian Prasarana sangat membanggakan kerana ia bukan sahaja berjaya mencatat keuntungan tetapi pada masa sama telah menjangkaui sasaran satu juta pengguna dan meliputi 90 peratus Lembah Kelang.

Sementara itu Azmi menegaskan keuntungan bukan fokus utama Prasarana sebaliknya matlamat utama ialah menggalakkan rakyat menggunakan sistem pengangkutan awam.

"Prasarana memainkan peranan penting mencapai aspirasi kerajaan. Kita tidak fokus kepada meraih keuntungan, sebaliknya kepada menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna," katanya.

Azmi berkata 2016 akan menjadi tahun paling sibuk bagi Prasarana memandangkan Jajaran 1 MRT Sungai Buloh - Kajang dijangka siap, di samping tambahan empat gerabak tren untuk Jajaran Monorel, serta siapnya penglebaran Jajaran LRT Ampang yang lengkap dengan tujuh stesen baharu sehingga ke Putra Heights pada Mac dan pengelebaran Jajaran Kelana Jaya pada Jun.

Azmi berkata menjelang 2017, sasaran Prasarana ialah 1.5 juta pengguna sehari. - 4/2/16.






Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap