SPAD belum beri kelulusan operasi Tren Elektrik

30 JUN: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Padang Besar hanya boleh beroperasi selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ETS masih dalam proses pemeriksaan tren dan landasan dan belum boleh beroperasi.
etsktmbMenurut beliau, SPAD sudah memaklumkan mengenai penangguhan operasi kepada KTMB dan kelulusan hanya diberikan selepas pihaknya menentukan keselamatan awam yang menggunakan perkhidmatan itu.
“Kita telah memberitahu mereka (penangguhan operasi). Tapi kalau mereka (KTMB) langgar undang-undang, kita terpaksa ambil tindakan. Kita perlu periksa beberapa landasan dan tren mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mobile Operation Vehicles (MoVs) milik SPAD di sini Selasa.
Khamis lalu, KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS sejauh 329 kilometer itu akan mula beroperasi esok dan boleh digunakan orang ramai yang ingin pulang ke utara bagi menyambut Aidilfitri.
Mengenai dua unit MoVs yang dilancarkan itu, Syed Hamid berkata kenderaan itu akan berfungsi sebagai pusat operasi bergerak SPAD.
Ia mampu menjalankan siasatan secara terus kerana ia dilengkapi dengan kemudahan pejabat termasuk perakam video, kamera litar tertutup (CCTV), kamera penglihatan malam dan kemudahan Internet.
“MoVs akan digunakan untuk kita mengeluarkan notis terhadap kenderaan awam yang melakukan kesalahan di atas jalan secara terus tanpa perlu merujuk kepada ibu pejabat SPAD terlebih dahulu dan kedua-dua unit ini akan beroperasi di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap