20 bas GoKL baharu tingkatkan perhubungan di Kawasan Pusat Perniagaan


Kuala Lumpur, 4 Jun 2015: Warga kota sekarang boleh menikmati pengangkutan yang lebih baik dengan pengenalan 20 bas GoKL baharu oleh SPAD yang berupaya memberikan mod pengangkutan yang selesa pada masa puncak.

Bas baharu GoKL ini menggantikan bas telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah daripada 1 Mei, 2015. Bas baharu tersebut dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU.

Bas yang mematuhi piawai NGV EURO 5 mempunyai kapasiti bagi 65 penumpang. Bagi meningkatkan tahap keselamatan, setiap bas baharu dilengkapi 4 kamera CCTV, sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem penjejakan GPS.

Perkhidmatan bas GoKL telah diperkenalkan pada 2012 dengan dua laluan (Hijau dan Ungu) yang beroperasi sepanjang laluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang. Ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan laluan Biru dan Merah pada 2014. Perkhidmatan laluan Merah adalah dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral dan mempunyai 21 hentian. Sementara laluan Biru bermula dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang dan mempunyai 20 hentian.

“Ini secara terus meningkatkan lagi kawasan perkhidmatan GoKL bagi memberikan ketersambungan kilometer pertama dan akhir kerana adanya 70 hentian sepanjang laluan-laluan GoKL. Ini termasuk stesen-stesen LRT dan KTM Komuter di dalam bandar dan menjadi sebahagian daripada integrasi sistem pengangkutan awam.

Sehingga kini, Kerajaan, melalui SPAD, telah melabur RM28.4 juta bagi pengoperasian perkhidmatan bas GoKL. Perkhidmatan bas percuma GoKL diadakan sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat. Dianggarkan 27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian GoKL dan dengan 20 bas baharu ini, SPAD berharap jumlah penumpang akan terus meningkat” tambah En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD.

Sempena pengenalan bas baharu tersebut, SPAD juga mengumumkan peraduan #GoKLNow bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas percuma GoKL. Maklumat tambahan mengenai peraduan (dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015) tersebut boleh didapati di laman Facebook SPAD (facebook.com/SPAD.my).







Comments

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ramai graduan sertai penguatkuasaan SPAD

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020