ETS ke Padang Besar siap tahun hadapan

Kerja-kerja menyiapkan trek berganda untuk Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh hingga Padang Besar telah hampir siap dan dijangka akan beroperasi tahun hadapan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, setelah projek ETS ke Padang Besar itu siap, tumpuan akan beralih pula ke laluan Gemas-Johor Bahru.

Katanya SPAD juga sedang meninjau peluang meningkatkan kemudahan sedia ada dan memperluaskan perkhidmatan rel antara Pantai Timur dan Barat.

"Jika kita lihat di bahagian Pantai Timur, trek Wakaf Baru-Gemas-Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan antara Timur ke Barat masih belum ada landasan-landasan baharu.

"Ini adalah peluang-peluang baru yang boleh kita jadikan salah satu daripada penghubung di antara negeri dan bandar di dalam Malaysia samada di semenanjung atau di Sabah dan
Sarawak," katanya.

Syed Hamid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Simposium Pengangkutan Awam Darat di Kuala Lumpur, Selasa.

Menurut Syed Hamid, pembinaan trek-trek baru akan menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi negara terutama bagi kawasan luar bandar.

Katannya perkara itu menjadi salah satu faktor yang diambilkira dalam perancangan mewujudkan Rel Kereta Api Laju (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Syed Hamid juga tidak menolak kemungkinan kesediaan SPAD mempertimbangkan cadangan mewujudkan perkhidmatan Trem (keretapi atas jalan).

"Memang ada rancangan untuk mengkaji keperluan sistem trem di kawasan bandaraya. Ini semua kemungkinan. Kita tak ada sempadan penyekat kepada perkembangan sistem pengangkutan awam darat di dalam bandar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid berkata, SPAD akan membuka tender kepada syarikat-syarikat bas tidak lama lagi untuk menyediakan perkhidmatan bas henti-henti menggunakan model baharu di lima bandar seperti yang diumumkan dalam Bajet 2015.

Katanya, bandar-bandar yang sudah dikenalpasti untuk perkhidmatan berkenaan ialah Kuching,  Kuala Terengganu, Kangar, Ipoh dan Seremban.

Katanya SPAD akan membayar kepada syarikat bas yang terpilih berdasarkan jarak perjalanan mengikut kilometer.

Mengenai penyambungan projek-projek MRT yang sedang berlangsung sekarang, Syed Hamid berkata ia akan siap sepenuhnya pada 2017.

Simposium Pengangkutan Awam Darat berlangsung selama dua hari bermula Isnin telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 wakil industri dari dalam dan luar negara.











Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap