Anugerah Pengangkutan Awam Darat - ERL dan Sani Express pengendali terbaik!

Pengurusan yang cekap, menepati masa serta mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang melayakkan Express Rail Link Berhad (ERL) menerima anugerah Pengendali Terbaik kategori Perkhidmatan Bandar dan Antarabandar sempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 pada Isnin.

Kejayaan itu melayakkan ERL menerima piala dan sijil pengiktirafan dari pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dalam majlis gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur.

ERL mencatatkan markah tertinggi tahun ini di segi bilangan penumpang, ketepatan dan kebolehpercayaan. Perkhidmatan ERL Transit telah mencatatkan peningkatan 34.23 peratus di segi jumlah penumpang dibandingkan pada tahun lalu. Manakala ERL Express mencatatkan peningkatan 35.17 peratus.

Di segi ketepatan masa ERL Transit mencatat 99.88 peratus dan ERL Express 99.89 peratus. Di segi kebolehpercayaan ERL Transit mencatatkan 97.86 peratus dan ERL Express 98.86 peratus.

Sementara itu kategori bas ekspres dimenangi oleh Sani Express Sdn Bhd kerana pengurusan yang cekap disegi pengendalian dan pemantauan keselamatan, penyelenggaraan dan keselesaan penumpang.

Lain-lain pemenang adalah:

Pengendali Terbaik Pengangkutan Barangan Perdagangan (Freight under A Class License): Sin Kung Logistics Sdn Bhd.

Freight under KA Class License: Century Total Logistics Sdn Bhd.

Inovasi Terbaik - Bas Ekspres: Konsortium Transnasional Berhad.

Inovasi Terbaik - Freight under A Class License: Pos Malaysia Berhad.

Anugerah Khas Merit Award (pengendali): bas henti-henti: Syarikat Pengangkutan Maju Sdn Bhd.

Anugerah Khas Merit Award (inovasi): Freight Under KA Class License: LC Forwarders Sdn Bhd.








Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap