Bas sekolah boleh pasang iklan untuk tambah pendapatan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menimbang kemungkinan membenarkan pengusaha bas sekolah memasang iklan dan  menggunakan kenderaan itu sebagai "feeder bas" untuk membolehkan golongan itu menambah pendapatan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu adalah salah satu daripada cadangan SPAD supaya pengusaha bas sekolah  tidak mempunyai alasan lagi untuk menaikkan tambang sewenang-wenangnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan untuk  pengendali bas dan kenderaan barangan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pada Selasa. Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD,  Muhamd Nur Ismal Kamal.

Tan Sri Syed Hamid berkata isu kenaikan tambang bas sekolah juga disebabkan daripada kesanggupan ibu bapa membayar kerana mereka tidak  mempunyai alternatif lain untuk menghantar anak  ke sekolah.

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan.   Kita sudah beritahu sekiranya dapat laporan kita akan menyiasat dan jika ada bukti kita akan dakwa di mahkamah, Tetapi jika kita ambil tindakan  seperti batalkan lesen, bagaimana pelajar mahu ke sekolah? Kita tidak boleh bertindak bertindak bersandar kepada rungutan. Tak ada sesiapa  yang mahu tampil ke depan, berikan bukti dan mahu ke mahkamah.

"Sekarang kita ada formula baharu. Pengusaha mengadu tindakan menaikkan tambang disebabkan tidak cukup pendapatan. Kita sedang  mengkaji kemungkinan membenarkan mereka untuk memasang iklan di bas. Kita juga sedang kaji kemungkinan membenarkan bas sekolah itu  digunakan sebagai "feeder bus" supaya mereka dapat pendapatan tambahan dan tidak perlu naikkan tambang," katanya.

Mengenai Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan, Syed Hamid berkata  ia adalah langkah keselamatan yang diambil oleh SPAD bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya. SPAD telah  menetapkan had laju kenderaan 90 km/sejam sebagai syarat lesen pengendali bas dan kenderaan barangan.

"SPAD ICOP ini amat penting sebab kebanyakan kes kemalangan berpunca daripada pemandu yang memandu terlalu laju," katanya.

Syed Hamid berkata had laju yang terkandung dalam SPAD ICOP untuk pengendali bas berkuatkuasa pada 20 Ogos tahun lalu manakala untuk  pengendali kenderaan barangan, pada 11 November tahun yang sama. Menurutnya lagi program latihan SPAD ICOP telah dijalankan sejak  November 2012 dan selesai pada Oktober 2013.

Menurut Syed Hamid di bawah program SPAD-ICOP, pengendali yang tidak mematahui had laju akan diberikan surat amaran jika melakukan  kesalahan untuk kali pertama. Jika mereka lakukan kali kedua, permit kenderaan akan digantung selama sebulan. Jika pengendali melakukan  kesalahan kali ketiga, permitnya akan digantung tiga bulan dan untuk kesalahan keempat, permitnya akan dibatalkan terus.


Sementara itu Nur Ismal berkata di bawah program SPAD ICOP setiap pengendali kenderaan mesti mempunyai pegawai keselamatan. Mereka  juga mesti mengadakan mesyuarat keselamatan setiap bulan. - 21/01/14










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia