Skim Pinjaman TEKS1M - BSN hanya luluskan 85 permohonan! Daripada 1,000 pemandu teksi yang telah mendapat lesen teksi individu, hanya 85 sahaja yang pinjamannya diluluskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) setakat ini dan hal ini membimbangkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sehubungan itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar memohon agar BSN menyegerakan proses kelulusan pinjaman kepada pemandu teksi yang sudah mendapat lesen individu untuk membeli Proton Exora sebagai TEKS1M. "Kami mensasarkan 200 kenderaan TEKS1M dapat berada di atas jalan sebelum akhir September dan selebihnya menjelang akhir tahun. Tetapi berdasarkan maklumat yang kami dapat, setakat hari ini BSN cuma meluluskan 85 permohonan sahaja. "Saya faham bank amat berhati-hati dalam meluluskan pinjaman. Tetapi saya berharap semua permohonan pinjaman TEKS1M dapat disegerakan prosesnya. Kami akan memantau BSN untuk melihat apakah masalah yang menjadi punca kelewatan kelulusan i...
MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA 15 April 2018 – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka. Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di dalam lampiran di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak. Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai...
Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan myBAS Ipoh orang ramai boleh menghubungi pengendali Perak Transit ( peraktransit.com.my ) di talian 05-545 5318 atau emel kepada enquiry@peraktransit.com.my atau layari laman Facebook www.facebook.com/PerakTransit/ .
Comments
Post a Comment