LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020
Pembinaan jajaran LRT3 yang bermula dari Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer. Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz, berkata, jajaran berkenaan akan bermla dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan melalui kawasan Damansara Utama-Bandar Utama-Lebuhraya SPRINT – Tropicana –NKVE-Subang sebelum bertembung di laluan jajaran LRT Kelana Jaya yang sedang dalam pembinaan, iaitu Stesen Glenmarie. Menurutnya dari Glenmari, LRT itu akan terus ke Stadium Shah Alam dan melalui persisiran Lebuhraya Persekutuan-PKNS-ICT-UiTM sebelum menamatkan perjalanan di Stesen Johan Setia di Klang. Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis, Azmi berkata pihaknya juga akan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan-kawasan yang masih belum dibangunkan berhampiran jajaran ber
Comments
Post a Comment