Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.
 
Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.
 
Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat.
 
"Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah daripada perubahan itu.
 
"Bila UBER dan grab car datang, macam-macam telah disuarakan dan kehadiran UBER dan Grabvar dilihat menyulitkan pemandu teksi menambah pendapatan.
 
"Kita tak dapat elakkan atau sekat UBER atau Grab Car daripada berkembang. Jadi kita telah syorkan kepada kerajaan supaya padang persaingan itu dijadikan lebih adil," katanya.
 
Syed Hamid berkata, sistem e-hailing yang akan diperkenalkan memberi peluang kepada pemandu teksi untuk menggunakan sistem yang sama yang digunapakai UBER dan Grabcar dan seterusnya bersaing secara sihat dengan mereka.
 
Katanya, ketetapan penggunaan sistem e-hailing adalah antara inisiatif baharu TTIP yang akan dibentangkan dalam sidang parlimen penggal ini yang berakhir 6 April.
 
TTIP bermula sejak Ogos tahun lalu dan telah diberi tempoh lima tahun untuk mencapai sasaran berkenaan. Setakat ini SPAD telah mengeluarkan 3,007 lesen individu kepada pemandu/pengusaha teksi
 
SPAD telah mensasarkan untuk mengeluarkan 30,000 lesen teksi individu di bawah TTIP.
 
Menurut Syed Hamid lagi, salah satu faktor yang membuatkan pemandu teksi tidak dapat bersaing dengan UBER dan Grabcar yang menggunakan sistem e-hailing ialah Sistem Pajakan.
 
Menurut Syed Hamid, biasanya skim pajak diambil kerana pemandu tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar pendahuluan/deposit.
 
"Kerajaan memandang berat terhadap sistem pajakan yang dianggap tidak seimbang. Kita tak bertujuan nak hapuskannya tetapi kita nak pastikan pajakan yang munasabah yang tidak menekan atau menyusahkan pemandu atau penyewa.
 
"Pemberian geran sebanyak RM5 ribu  membolehkan pengusaha teksi memulakan perniagaan dengan kereta baharu," katanya.- 31/3/2017- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap