300 pemandu teksi dapat lesen individu

Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat.
Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP).
Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu.
Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak.
"Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini," kata Syed Hamid
Syed Hamid berkata, industri teksi perlu menyesuaikan diri dengan "trend" yang mendorong permintaan pasaran hari ini.
Menurutnya pemandu teksi telah lama meminta supaya pembekuan lesen individu ditarik balik disebabkan ramai di kalangan mereka telah dibebani oleh sistem pajak lama.
Katanya sistem pajak itu telah menyumbang kepada masalah struktur dan cabaran dalam mewujudkan perkhidmatan teksi yang lebih mengutamakan pelanggan.
Syed Hamid turut mengumumkan, bahawa mulai 1April, 2017 model-model kenderaan bagi kegunaan teksi akan dilberalisasikan untuk membolehkan pilihan kereta yang lebih luas pada harga yang kompetetif bagi pemegang lesen.
Di bawah langkah ini katanya, semua jenama kenderaan dan model yang mencapai penarafan 3 bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP) atau penarafan yang setaraf dengannya boleh digunakan bagi perkhidmatan teksi.
Pemandu teksi yang masih di bawah kontrak pajak, SPAD akan mengawal selia kontrak pajak mereka. Kontrak pajak itu akan ditambah baik dan diseragamkan dengan standard yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali. - 31/03/2017

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap