Diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar




KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2015 – Mulai 1 September 2015, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Ini merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban Rakyat bagi mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam bagi tujuan kemudahan dan keselesaan Rakyat.

Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur, ianya juga secara langsung akan menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dan membantu ia menjadi mod pilihan mereka.

Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET).

Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan dengan kadar diskaun tersebut melalui pembelian pas bulanan di kaunter-kaunter pengendali bas yang terlibat.

Sepanjang tempoh perlaksanaan inisiatif ini, penumpang harian yang membeli pas bulanan akan diberikan kadar diskaun berdasarkan jadual berikut:


Diskaun ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat, di mana ia terbuka kepada semua individu yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan perlu berulang-alik untuk bekerja di Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan bas di laluan terlibat.

Penumpang hendaklah mengisi borang permohonan untuk menikmati diskaun tersebut semasa pembelian pas bulanan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web SPAD atau boleh didapati dari kaunter-kaunter tiket pengendali bas yang terlibat.

Sila layari www.spad.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap