SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam

Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu.
Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan.
"Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri.
Dalam Ops berkenaan, pegawai-pegawai unit penguatkuasaan SPAD telah menahan dua buah kenderaan milik persendirian yang digunakan sebagai kereta sapu untuk mengambil penumpang pulang berhari raya.
Seramai 10 pegawai penguatkuasa ditugaskan untuk menjalankan Ops Serkap itu yang bermula sejak 10 Julai lalu.
Che Hasni berkata, sepanjang tempoh Ops itu SPAD telah mengenalpasti 160 jenis kesalahan dilakukan yang membabitkan 2,800 buah kenderaan bas dan teksi.
Che Hasni turut memaklumkan bahawa bagi memudahkan warga kota pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, 547 buah bas tambahan telah mendapat kelulusan Lesen Perkhidmatan Sementara (LPS) dari SPAD. - 16/7/15.
Comments
Post a Comment