10 ulat tiket ditahan dalam Ops Parasit

Oleh Akmal S Manaf 

bhnews@bh.com.my


ANGGOTA penguatkuasa SPAD membuat pemeriksaan terhadap Ulat Tiket yang ditahan dalam Operasi Parasit di Pudu Sentral. 


- Foto Nazran Jamel KUALA LUMPUR: Seorang perempuan warga Indonesia berumur lingkungan 25 tahun antara 10 ulat tiket yang ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit, di UTC Pudu Sentral, sebentar tadi. 



Operasi yang bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir satu jam kemudian itu, membabitkan kekuatan seramai 64 anggota penguat kuasa SPAD. 

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata pihaknya menerima banyak aduan berkaitan ulat tiket di hentian bas berkenaan sehingga mengganggu penumpang. Beliau berkata, pergerakan ulat tiket terbabit dikesan bergiat aktif terutama pada musim perayaan, selain menggunakan kesempatan hujung minggu bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

 "SPAD akan terus mempergiatkan operasi memburu ulat tiket di sekitar Pudu Sentral dan terminal bas di seluruh negara demi membanteras kegiatan terbabit," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Ops Parasit, di sini.

-Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap