RMK11: SPAD sambut baik usaha kerajaan tambah baik pengangkutan awam

RMK11: SPAD sambut baik usaha kerajaan tambah baik pengangkutan awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) menyambut baik langkah kerajaan menambah baik pengangkutan awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk menyediakan sistem perkhidmatan yang selesa dan berkualiti.

Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata inisiatif itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, akan meningkatkan lagi serta merangsang peningkatan kemajuan perkhidmatan awam negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menyediakan pengangkutan awam bertaraf dunia.

"Dalam RMK11 ini, kita nampak tumpuan penekanan perdana menteri untuk menyediakan kualiti hidup yang lebih baik (kepada rakyat). Jadi kita akan memiliki sistem perhubungan yang lebih baik, selesa dan dapat memberikan suatu kepuasan kepada semua orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana banjir fasa ketiga kepada 60 pengusaha teksi dan kereta sewa serta pemilik bas sekolah sekitar daerah Kemaman di Perhentian Teksi Bandar Cukai di Kemaman,Jumaat 22 MMei.

Semalam, Najib ketika membentangkan RMK11 bagi pengangkutan awam, mengumumkan pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Menurut Syed Hamid, beliau optimis dengan siapnya projek berkenaan seperti mana dalam perancangan yang telah digariskan oleh kerajaan, ia dijangka mampu mengurangkan kesesakan kenderaan di bandar raya apabila siapnya projek peningkatan pengangkutan awam secara menyeluruh.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai perkembangan kadar baharu tambang bas pengangkutan awam, Syed Hamid enggan mengulas lanjut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk memutuskan perkara tersebut.

Menurutnya bukan hak kerajaan menyekat kadar baharu tambang bas tersebut kerana pengusaha bas ekspres adalah syarikat swasta.

"Kalau kami sekat, ini bermakna kami jejaskan pendapatan mereka dan pengusaha bas ekspres ini akan berdepan masalah. Sebab itulah mereka (pengusaha) sudah membentangkan memorandum kepada perdana menteri...Kami hanya setakat mengemukakan cadangan dan pendapat dan terpulanglah kepada kerajaan memutuskan perkara ini kelak," katanya.

Katanya seandainya kadar baharu tambang pengangkutan awam tersebut dilaksanakan, orang ramai perlu menerima dengan hati terbuka kerana pengangkutan awam dahulu tidak sama dengan spesifikasi bas sekarang dan pengusaha perlu menanggung kos operasi, penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan.-22/5/2015

Comments

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap