Boleh guna kad kredit bayar kompaun SPAD

Pemandu atau pengusaha pengangkutan awam darat yang mungkin “pening kepala” nak cari duit bayar kompaun kerana kantoi melakukan kesalahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kini boleh membayar menggunakan kad kredit. Perkhidmatan itu sudahpun bermula pada 25 Mei (Isnin) di kaunter-kaunter SPAD di seluruh negara.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata langkah itu adalah salah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang awam.

“Kalau boleh kita mahu sampai ke tahap ke transaksi yang tidak menggunakan wang tunai. Kita juga tidak ada masalah untuk menimbangkan cara pembayaran atas talian (online) selepas ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pakaian seragam baharu kakitangan kaunter SPAD Kelana Jaya, pada Isnin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangunan, Dr Prodyut Dutt dan Ketua Bahagian Operasi SPAD, Halim Husain.

Pejabat SPAD di Kelanta Jaya bermula operasi pada 12 Mei tahun lalu setelah dipindahkan dari Putrajaya dan secara purata menerima 4,500 permohonan lesen dan bayaran lain-lain setiap bulan. Menurut Syed Hamid pejabat SPAD di Kelana Jaya sering menjadi pilihan pengendali dan pengusaha pengangkutan awam darat kerana 60 peratus daripada jumlah permohonan yang diterima diseluruh negara diproses di situ

“SPAD  ditubuhkan  berasaskan kepada keperluan akar umbi. Oleh itu peranan perkhidmatan adalah elemen yang utama sekali. Banyak pencapaian yang telah kita perolehi dalam menaikkan mutu perkhidmatan dan memuaskan hati pelanggan.

“Dengan pakaian seragam baharu ini diharap ia akan dapat meningkatkan keyakinan pelanggan ketika berurusan dengan SPAD. Saya harap kakitangan kaunter SPAD dapat memberikan tumpuan kepada kecemerlangan perkhidmatan dan tadbir urus yang baik.

“Ukuran keberkesanan bukan sekadar kita dapat pendekkan masa atau menyelesaikan jumlah pemprosesan yang banyak tapi kita dapat mengukur kepuasan pelanggan. Kadang-kadang orang faham dan ada kalanya mereka tak faham tugas kita. Sehubungan itu kakitangan SPAD sentiasa diingatkan supaya bersabar dengan cabaran ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid berkata, SPAD sedang menimbangkan kemungkinan memperkenalkan kad pemandu untuk pemandu-pemandu bas ekspres dan pengangkutan awam yang lain seperti yang telah dibuat untuk pemandu teksi,

Katanya dengan ada kad pemandu itu memudahkan SPAD memantau rekod dan mengukur keupayaan pemandu melaksanakan tugas.

“SPAD juga mendapat permintaan dari persatuan bas ekspres supaya mengendalikan latihan untuk pemandu bas seperti yang dilakukan oleh RAPID. Idea ini bagus, cuma soal perlaksanaannya perlu dikaji dahulu,” katanya.

Mengenai  permohonan persatuan bas ekspres untuk menaikkan tambang yang kini telah tertangguh, Syed Hamid berkata, persatuan telahpun menghantar memorandum kepada kerajaan di  mana mereka memaklumkan tidak dapat berdaya tahan dengan kadar tambang semasa.

“SPAD akan memberikan pandangan, tetapi keputusan di tangan kerajaan,” katanya. – 25/5/15.







Comments

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap