80 kenderaan tanpa permit diberkas sejak Oktober

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberkas 80 kenderaan daripada pelbagai syarikat sejak Oktober tahun lalu kerana menjalankan perkhidmatan tanpa permit.

Antara kenderaan yang dikenalpasti adalah dari syarikat UBER, Black Lane, Black Car, Easy Taxi dan lain-lain.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata daripada jumlah itu 52 kenderaan telah dilucut hak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Revus yang dijalankan sekitar Petaling Jaya, Bangsar dan sekitar Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pada operasi berkenaan yang memakan masa lebih dua jam,  24 anggota penguatkuasa SPAD yang bertugas telah menahan enam kenderaan kerana memberikan perkhidmatan tanpa permit sah dan sebuah teksi yang tidak menggunakan meter.

"Kenderaan-kenderaan ini akan disiasat dengan lebih teliti dan kami akan mengambil tindakan di bawah sekayen 16 Akta Pengangkutan Awam (APAD).

"Jika sabit kesalahan, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda tak lebih dari RM10ribu atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

"Itu kalau kenderaan kepunyaan individu. Jika kenderaan berkenaan dipunyai oleh syarikat, boleh didenda sampai RM100 ribu," katanya.

Menurutnya selain itu SPAD juga boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk melucutkan hak kenderaan berkenaan.

Che Hasni menasihatkan penumpang supaya jangan menggunakan perkhidmatan kereta sewa yang tidak mempunyai permit kerana ia akan menyusahkan mereka sendiri.

"Mungkin penumpang tak tahu akibat menggunakan perkhidmatan kenderaan tanpa permit kerana mereka tak dilindungi insurans," katanya lagi.

Menurut Che Hasni sejak beberapa bulan lalu SPAD telah mengenalpasti 223 kenderaan yang melakukan kesalahan berkenaan tetapi hanya 59 yang didapati masih beroperasi.

"Mungkin hari ini mereka terlepas. Selepas kita buat operasi, mereka mungkin tutup sekejap tetapi satu hari nanti akan terkena juga," katanya.

Che Hasni berkata SPAD tidak mengamalkan pilih kasih ketika menjalankan operasi.

"Mana-mana kenderaan yang beroperasi tanpa permit, tak kira dari syarikat mana, akan dikenakan tindakan," katanya.

Che Hasni turut mengingatkan mana-mana operator teksi yang masih berdegil enggan menggunakan meter juga boleh menghadapi tindakan pelucutan hak atau permit digantung.

Katanya setakat ini 953 teksi telah ditahan kerana kesalahan tidak menggunakan meter. - 27/5/15.










Comments

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap