Sepanjang Januari-Februari 526 teksi dikesan tak guna meter dan 102 disita

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 526 Teksi Tak Guna Meteri (TGM) sejak awal Januari tahun ini. Daripada jumlah itu 102 teksi telah disita dengan berpandukan kepada peruntukan di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, daripada 102 teksi itu, 15 buah telah disita dalam operasi TGM yang dijalankan pada Rabu.

Katanya, kes teksi TGM disiasat di bawah seksyen 22 APAD 2010 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Hasni, hukuman berat dikenakan untuk memastikan pemandu teksi lebih bertanggungjawab dan tidak menipu penumpang terutama pelancong dan rakyat tempatan.

“Tindakan sita lebih berkesan kerana jika dikeluarkan notis sahaja, mereka ambil mudah,” katanya kepada  media selepas tamat operasi berkenaan.

Operasi TGM yang bermula sejak awal tahun ini dilaksanakan dengan cara penyamaran, rakaman kamera tersembunyi dan tangkapan. Antara lokasi teksi TGM adalah sekitar Bukit Bintang, Sunway, KLCC, Mid Valley malah menjangkau hingga ke Rawang dan Kajang.

Dalam usaha membanteras kegiatan teksi TGM daripada berleluasa, Che Hasni memohon kerjasama orangramai untuk membuat laporan kepada SPAD.

“Mereka boleh menelefon 1-800-8877-23 dengan memberikan maklumat lokasi, tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran teksi. Selain itu jika boleh, mereka juga hendaklah memberikan bukti kejadian dengan mengambil gambar atau video atau rakaman percakapan dengan pemandu teksi, gambar pemandu teksi dan resit pembayaran,” katanya.

Sejak unit penguatkuasaaan SPAD mula beroperasi pada Jun 2011, ia telah berjaya mengesan dan mengambil tindakan terhadap 7,652 kes kesalahan membabitkan teksi. – 26/2/15.








Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap