Pemberhentian Penggunaan Hentian Bas Greenwood Sebagai Hentian Bas Ekspres Sementara




Pemberhentian Penggunaan Hentian Bas Greenwood Sebagai Hentian Bas Ekspres Sementara

Kuala Lumpur, 11 Februari 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’ atau ‘Suruhanjaya’) ingin mengumunkan kepada pengguna dan pengendali bas ekspres ke Pantai Timur, bahawa penggunaan hentian bas Greenwood sebagai hentian bas ekspres sementara akan dihentikan selepas 8 Mac, 2015.


Pengendali bas ekspres telah diarahkan untuk memindahkan operasi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Orang awam yang mahu ke Pantai Timur dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas ekspres di TBS bagi keselamatan, keselesaan dan kemudahan mereka. Penurunan dan pengambilan penumpang di hentian Greenwood juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya di kawasan tersebut dan menambahkan risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya serta penumpang.

 Suruhanjaya juga menggalakkan orang ramai yang mahu ke Pantai Timur supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter yang berintegrasi dengan TBS. Pengguna bas dari Gombak dan Sentul boleh menggunakan LRT laluan Ampang di stesen Sentul dan Sentul Timur atau perkhidmatan KTM Komuter di stesen Titiwangsa untuk ke TBS.

 

Terima kasih,

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap