MRT Sungai Buloh-Kajang siap 2017

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pembinaan jajaran 1 MRT Sungai Buloh-Kajang adalah mengikut jadual dan kini 60 peratus siap dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang 2017.

Katanya lagi, penyambungan LRT Jajaran Ampang pula sudah mencapai tahap 65 peratus dan LRT Kelana Jaya 77 peratus. Fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini dan fasa terakhir pada Mac 2016.

“Pada masa akan datang, Kuala Lumpur akan mempunyai kesalinghubungan yang lebih baik apabila semua projek MRT, LRT dan keretapi laju KL-Singapura siap. Pada masa itu semua orang akan lebih suka menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama daripada memandu kenderaan sendiri,” katanya.

Syed Hamid berkata demikian ketika melancarkan ikon baharu Express Rail Link (ERL) di Kuala Lumpur, pada Khamis. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor.

Ikon terbaharu ERL ialah binatang Cheetah yang terkenal dengan kepantasannya. Ia dipaparkan di badan tren ERL Transit dan Ekspress.

Cheetah menggantikan corak batik bermotif flora dan fauna yang selama ini menjadi ikon di badan tren ERL sejak 2012.

Syed Hamid memuji langkah inovatif ERL untuk menarik perhatian penumpang dan beranggapan lambang Cheetah memang bersesuaian dengan perkhidmatan ERL yang laju dan cekap.

“Kita bukan sahaja mahu menggunakan ERL sebagai pengangkutan utama, tetapi mahu merasa selesa melihat corak yang menyeronokkan dan persekitaran yang memuaskan. Dalam dunia sekarang banyak perkara yang tidak betul berlaku dan apabila melihat corak yang cantik ini, ia menceriakan,” katanya.

Syed Hamid turut mengumumkan jabatan perkhidmatan pelanggan SPAD telah mendapat sambutan yang baik sejak ia menggunakan medium media sosial, iaitu twitter. Selain itu beliau turut gembira kerana perkhidmatan bas Go-KL mendapat sambutan hangat dari rakyat tempatan dan pelancong di mana ia mencatatkan jumlah 90 ribu penumpang sehari.

Sementara itu Noormah berkata sejak pembukaan KLIA 2 pada Mei tahun lalu, jumlah penumpangnya telah meningkat kepada 43 peratus. Selain itu ERL juga berjaya mengekalkan peratusan kegunaan berataraf dunia, iaitu 99.7 peratus sejak 2007. – 12/2/15.








Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap