Kenyataan SPAD mengenai Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER di Johor Bahru

  
JOHOR BAHRU (23 Disember 2014): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER hari ini. Melalui operasi ini, S.P.A.D telah berjaya menahan lima (5) kenderaan milik individu yang akan dituduh di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Kenderaan yang ditahan ini telah disita dibawah Seksyen 80 & Seksyen 81 APAD. Untuk makluman, Operasi Penguatkuasaan ini telah dijalankan dikawasan tumpuan penumpang di sekitar Johor Bahru seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail, Legoland dan Pasir Gudang.


S.P.A.D ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi Uber itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, kenderaan yang digunakan haruslah kenderaan yang berlesen. S.P.A.D. tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta syarat-syarat pelesenan pengendali terutamanya yang menggunakan kenderaan persendirian untuk menjalankan operasi Uber ini.






Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Ramai graduan sertai penguatkuasaan SPAD